Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca yang dirahmati Allah.
Semoga sahabat-sahabat sentiasa dalam keadaan sihat sejahtara dan dimurahkan rezeki.
AMIN.
Sebagai permulaan, salam perkenalan dari saya snedcafe.blogspot.com atau lebih mesra dengan nama panggilan 'Dila' yang baru sahaja menapak dalam dunia blogger ni.
Sebenarnya, agak blur untuk buat first entry ni, sebabnya Dila bukan jenis yang pandai bercerita kat sesiapa pun termasuk BFF event Family sendiri. Tapi, klau nak cakap pasal diary tu, pernah la ada pengalaman.
Bagi Dila, untuk coretkan diary kita sendiri memang sesuatu yang excited. Seolah-olah, diary itulah kawan kita, yang kita boleh luah apa-apa je yang kita rasa nak diluahkan. Hidup tanpa diary time tu, soelah-olah, hidup kita tak lengkap. Tapi tu semua cerita yang dah lepas.
Apa yang Dila belajar dari diary???
1. Penguasaan untuk buat karangan B.M semakin excellent. ( yang ni memang BONUS, tanpa Dila sedar sebenarnya bila kita dah terbiasa dengan menulis, secara automatik pemikiran kita akan lebih terbuka)
Apa penyebabnya?
Salah satunya, bila kita start mencoretkan diary kita, dengan 'dialog + monolog' pun akan follow dengan laju.
Contoh : Bila kita nak luahkan rasa ketidakpuasan hati, tanpa kita sedar, kita sedang menyoal diri sendiri. Dan tanpa paksaan, jawapan kepada persoalan tersebut muncul ibarat skrip yang dah lama kita sediakan. So, kat situ, secara tak langsung, kita dah biasakan diri dengan persoalan demi persoalan yang akhirnya memberi manfaat kepada kita.
2. Membuatkan kita seorang yang matang dan berfikiran lebih jauh.
Bila Dila dah mula rasa seronok dengan diary, setiap saat Dila rasa nak menulis dalam diary.
Dah macam ketagihkan?
Sebenarnya, kat dunia ni, apa je yang kita buat. Bila kita dah mula minat, seriously ianya bukanlah sesuatu beban/masalah/ apa-apa je yang dikaitkan dengan negatif. Ibaratnya, klau kita dah mula ada rasa minat dekat someone, apa je salah yang 'dia' buat, kita boleh telan tanpa rasa pahit walau cikit pun. Macam itu lah yang Dila rasa bila diary dah jadi 'Boyfriend' Dila. Sibuk macam mana pun skalipun dengan study, aktiviti, tanggungjawab, tapi still dalam 24 jam tu, akan ada masa untuk 'dating' dengan My Diary.
Tapi, satu masalah yang buat Dila stop dengan diary adalah " hubungan sosial kita dengan orang sekeliling". Nilah pelajaran ke-3 yang Dila dapat melalui diary.
Bila mana Dila berada dalam satu kumpulan @ 'geng', Dila dapat dengar masalah yang kawan2 cuba sampaikan. Dalam situasi tersebut, Dila mula flashback balik and comparekan dengan masalah yang Dila penah lalui sebelum ni. Know what? Obviously, masalah yang penah Dila lalui sebelum ni.
Tapi, itulah. Apa yang penah Dila lalui tu, semuanya antara Dila dengan Diary. Xde sesiapa pun yang boleh ambik manfaat event pengajaran melainkan Dila sorang je.
Hurm...
Tapi, jangan senang-senang je kita nak ceritakan masalah kita dengan orang lain.
Nilai dulu sebelum kita buat keputusan.
Ok lah, stakat tu dulu untk entry Dila yang first ni. Semoga sahabat-sahabat penbaca terhibur dan ambil yang positif sebagai ilmu untuk harini.
untuk kata-kata last, Dila nak share "Words of the Day"
yang Dila dapat dari link ni > Words And Phrases That Inspire, Motivate, And Persuade At Work
And, JOM layan YouTube ni, sangat relate dengan First Experience Dila ni.
